Harimau Malaya
Azri/MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon mempunyai pandangan tersendiri tentang aspek persembahan yang ditampilkan oleh skuad kendaliannya di Pestabola Merdeka 2023.

Advertisements

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu terpaksa menelan hakikat apabila Harimau Malaya tewas dengan keputusan 0-2 kepada pasukan ke-110 dunia, Tajikistan.

Malaysia bagaimanapun berjaya membenam cabaran India yang menghuni tangga ke-102 dengan jaringan 4-2.

Advertisements

Kesilapan individu pada aksi getir tersebut menyaksikan Malaysia tewas di laman sendiri namun Pan-gon memuji impak yang dipamerkan oleh anak buahnya.

“Kita beraksi menentang pasukan ke-110 dunia tetapi masih menyerang dan mendominasi perlawanan. Saya tahu satu hari kita pasti akan tewas. Kita boleh bersaing tetapi tidak semestinya kita akan sentiasa memberikan kamu kemenangan.”

Advertisements

“Semua orang boleh melakukan kesilapan. Akhirnya ia berlaku pada aksi ini (lawan Tajikistan). Saya yakin para pemain akan belajar dari kesilapan ini,” jelasnya pada sesi sidang media selepas final Pestabola Merdeka.

Beliau juga tidak mahu kesilapan menghantui para pemain namun terus memperbaiki kelemahan dan mengambil pengajaran berguna.

“Saya mahu para pemain mengekalkan mentaliti kemenangan, kekal tenang walaupun beraksi dalam tekanan kerana situasi itu akan berlaku.”

Pan-gon mengakui tekanan itu berpunca daripada harapan yang tinggi untuk menjulang kejuaraan pertama di bawah kendaliannya.

Beliau bagaimanapun berpuas hati dan merasakan semuanya berjalan dengan positif sungguhpun ada beberapa perkara yang masih perlu diperbaiki.

Malaysia akan beraksi pada pusingan Kelayakan Piala Dunia, November ini dan aksi pembukaan akan berlangsung di laman sendiri menentang Kyrgyzstan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram