Transfer
Sabah FC
Advertisements

Pengurusan Sabah FC masih belum memutuskan tentang kedudukan pemain pertahanan Greece, Haris Stamboulidis.

Menurut jurulatih skuad Badak, Datuk Ong Kim Swee, pemain pertahanan berusia 27 tahun itu sudah menyertai sesi latihan pasukan itu sejak beberapa hari lepas.

Tempoh tersebut dimanfaatkan pengurusan Sabah untuk meneliti prestasi dan keupayaan sebenar Stamboulidis di atas padang.

Advertisements

Buat masa ini, belum ada keputusan rasmi yang dibuat tentang statusnya menyertai skuad Badak atau tidak.

431976129 804472701719423 6236220241566681642 n Jawapan Ong Kim Swee Tentang Kemasukan Haris Stamboulidis Ke Sabah
Stamboulidis (tiga dari kanan) menyertai sesi latihan Sabah FC baru-baru ini. Sumber: Sabah FC.

“Kita mengesahkan pemain ini (Haris Stamboulidis) sudah bersama-sama kita dan apa yang saya lihat prestasinya cukup positif dan ini akan kita umumkan dalam masa terdekat sama ada akan menandatangani pemain baharu ini atau pun tidak.

Advertisements

“Kalau kita lihat daripada segi persiapan pasukan-pasukan lain sudah tentu mereka telah bermula lebih awal lagi serta menandatangani beberapa pemain import bagi mengukuhkan pasukan mereka dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sekiranya Sabah memilih merekrut Stamboulidis, beliau akan menjadi pemain import terbaru pasukan untuk musim 2024-2025.

Advertisements

Stamboulidis pernah beraksi untuk beberapa kelab seperti Aris Saloniki, Extremadura, Melbourne City, New York Red Bulls dan Mar Menor FC.

Skuad Sabah mengekalkan khidmat Miguel Cifuentes, Telmo Castanheira, Ramon Machado, Gabriel Peres, Park Tae-soo dan Ko Kwang-min untuk musim baru liga yang bermula pada Mei ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram