Jawapan Saddil Ramdani Tentang Sambutan Gol Berdepan Filipina
Asia Tenggara
Liga 1 Hub
Advertisements

Pemain sayap Indonesia, Saddil Ramdani tampil memberi penjelasan berkenaan cara sambutan jaringan yang diraikan ketika aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 berdepan Filipina tempoh hari.

Saddil menjadi wira pasukan Indonesia apabila menjaringkan gol penyamaan ketika Indonesia bertemu Filipina tempoh hari. Ledakan Saddil berjaya memberi satu mata penting buat anak buah Shin Tae-yong.

Selepas menjaringkan gol, Saddil membuat satu celebration tepat kearah pemain Filipina iaitu Daisuke Sato. Saddil seolah melakukan provokasi kearah pertahanan Persib Bandung itu dengan meletakkan kedua tangan di telinga.

Advertisements

“Cara saya meraikan jaringan ke wajah pemain Filipina itu merupakan sebahagian daripada permainan. Tapi menurut saya, sebelum-sebelum itu lagi terjahan yang dilakukan sedikit kotor. Kerana kita sebagai pemain tidak bagus untuk mencederakan pemain lain.”

Saddil dalam pada itu mengharapkan Daisuke Sato supaya tidak lagi melakukan terjahan-terjahan kotor. Beliau faham akan keghairahan untuk mencatat kemenangan namun sebagai pemain perlulah bermain dengan professional.

“Benar beliau ingin pastikan negaranya menang, tapi saya juga seperti itu. Alangkah baiknya jika kita bermain secara professional, saya harap seperti itu.”

Advertisements

Biarpun sekadar meraih keputusan seri, Saddil berpuas hati dengan persembahan rakan sepasukan. Beliau yakin anak buah Shin Tae-yong akan segera bangkit dan memberikan yang terbaik untuk perlawanan mendatang.

@goalindonesia

🗣️ Pesan Saddil Ramdani kepada seluruh fans Timnas Indonesia 🇮🇩 #WCQ2026 #TimnasIndonesia

♬ original sound – GoalIndonesia – GoalIndonesia

“Kami belum merasa puas kerana inilah bola sepak. Ada menang, ada kalah, ada seri. Kami sangat sukar bermain dengan kondisi padang, pertama ia terlalu keras. Kedua kami sukar temukan keserasian bermain di padang sebegitu.”

“Tapi tidak mengapa, kami sudah bermain sehabis baik. Kami sentisa percaya arahan jurulatih dan kami percaya dengan pasukan,” ujar Saddil kepada GoalIndonesia.

Advertisements

Selepas dua perlawanan, Indonesia kini di kedudukan terakhir dalam saingan Kumpulan F. Skuad Garuda sekadar mencatat satu keputusan seri dan satu kekalahan berdepan Iraq dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 baru-baru ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram