Jay Bothroyd Dedah Perangai Sebenar Bekas Majikannya, Consadole Sapporo
Dunia
Jay Bothroyd
Advertisements

Bekas bintang pasukan Consadole Sapporo, Jay Bothroyd mendedahkan sisi sebenar bekas majikannya itu.

Menerusi satu ciapan yang dimuat naik olehnya di laman Twitter, bekas bintang EPL itu menceritakan segalanya terutamanya sebab yang mendorong kemunduran kelab tersebut.

Katanya, ketika pasukan lain sedang mengecapi kemajuan tidak kira sama ada dalam saingan liga mahupun pentas Asia, pasukannya itu pula masih berada pada takuk yang sama.

Advertisements

“Ketika pasukan lain berkembang maju, Sapporo tidak.”

Malah, beliau sentiasa menitipkan pesanan berguna kepada para pemain muda agar mendengar apa yang mereka perlukan dan bukannya perkara yang hanya mereka mahukan.

“Saya selalu mengingatkan para pemain terutamanya pemain muda tentang perkara yang mereka perlu dan bukannya perkara yang mahu mereka dengar,” katanya dalam satu ciapan.

Advertisements

Bekas pemain akademi Arsenal ini juga menganggap barisan kejurulatihan di sana sukar untuk menerima pandangan daripada para pemain sekaligus menyebabkan kelab tersebut kekal di takuk yang lama.

Sebagai rekod, kelab Liga Divisyen Satu Jepun ini kini berada pada tangga ke-11 selepas 17 perlawanan dengan hanya mengumpul 20 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram