JDT Ada Pencabar Baru Di ASEAN
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pasukan gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) memiliki pesaing baharu di rantau Asia Tenggara apabila kebangkitan kelab Thailand, Bangkok United dilihat perlu diberi perhatian.

Kedua-dua pasukan ini beraksi di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada musim ini dengan Bangkok United memiliki rekod yang amat baik.

Sungguhpun berdepan lawan yang amat hebat seperti Jeonbuk Hyundai (Korea), Lion City (Singapura ) dan Kitchee (Hong Kong), anak buah Totchtawan Sripan berjaya berada di tangga teratas kumpulan.

Advertisements

Jaguh Thailand itu tidak mencatatkan sebarang kekalahan selepas 5 perlawanan dan muncul selaku juara Kumpulan F.

Berdasarkan data oleh laman Opta Analyst, Bangkok United kini menghuni tangga ke-54 Asia (ke-683 dunia) sekaligus menjadi pasukan ke-2 d Asia Tenggara di belakang JDT dengan 71.3 mata.

Advertisements

Laman analisis bola sepak yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia itu menunjukkan Harimau Selatan kekal selaku pasukan terbaik di Asia dengan mengumpul 74.3 mata sekaligus menyaksikan kedudukan JDT naik ke tangga 424 dunia berbanding tangga ke-573 pada Februari 2023 lalu.

Buriram United pula jatuh ke tangga ke-3 di ASEAN susulan prestasi kurang konsisten di ACL apabila menghuni ke-55 Asia.

Advertisements

Ketiga-tiga pasukan masih memiliki baki satu perlawanan (JDT vs BG Pathum), (Bangkok vs ajepnbuk) dan Buriram United menentang kelab divisyen dua Jepun, Ventforet Kofu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram