JDT Ambil Pendekatan Latihan Berbeza
UltraSukan
JDT Futsal
Advertisements

Waktu latihan yang baharu bakal diterapkan oleh pasukan futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menghadapi aksi seterusnya Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024.

Perkara ini dikongsikan oleh pemain JDT futsal, Abu Haniffa Hasan ketika ditemui selepas perlawanan MPFL menentang Shah Alam City Sabtu lalu.

Beliau berkata, sesi latihan di sebelah malam bakal bermula dua minggu sebelum perlawanan seterusnya memandangkan aksi menentang Selangor bakal berlangsung di bulan Ramadhan.

Advertisements

”Lawan Selangor pada bulan Ramadan, jadi untuk dua minggu ini kita akan memulakan latihan malam,” katanya kepada UltraSukan selepas perlawanan.

Tambah pemain berusia 32 tahun itu, tempoh ini diharap mencukupi buat pasukannya bagi membiasakan diri dengan rutin latihan yang baharu di sebelah malam.

Advertisements

“Alhamdulillah dapat biasakan diri dua minggu sebelum perlawanan itu, dengan makanan dan latihan itu sebab pagi tak makan dan tiada latihan, bila berlatih malam mungkin akan lari sedikit rentak, jadi tempoh dua minggu ni nak kena biasakan,” ujarnya lagi.

Sabtu lalu, JDT futsal berjaya mengekalkan kemenangan bersih daripada tiga perlawanan setelah menundukkan Shah Alam City 4-1 dengan dua gol daripada Caio Cesar dan satu gol masing-masing daripada Mahadir Harahap dan Abu Hanifa.

Advertisements

Selepas ini, skuad Harimau Selatan dijadualkan menentang juara MPFL 2022, Selangor di Stadium Bandaraya Pasir Gudang pada 16 Mac.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram