JDT Ambil Tindakan Pantas
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah membuat laporan polis bersebab.

Perkara ini disahkan oleh laman Johor Southern Tigers berpunca daripada sebuah resort yang didakwa memalsukan maklumat selaku rakan kongsi JDT.

“Kami dimaklumkan bahawa sebuah resort di Permas telah mempromosikan diri mereka sebagai rakan kongsi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). 

JDT dalam satu kenyataan telah menafikan bahawa kelab ada menjalinkan kerjasama dengan resort tersebut seperti yang dikatakan.

“Kami ingin menegaskan bahawa JDT tidak pernah menjalinkan sebarang bentuk kerjasama dengan resort tersebut.

JDT juga mengambil langkah pantas untuk menjaga nama baik kelab dengan membuat laporan polis. 

“Satu laporan polis telah dibuat semalam manakala JDT juga telah melibatkan Majlis Bandaraya Johor Bahru untuk menurunkan sepanduk berkaitan JDT di resort berkenaan sebanyak dua kali.

“Pihak polis turut merakamkan satu kenyataan susulan bagi laporan terdahulu yang dibuat berhubung penyalahgunaan nama dan jenama JDT oleh sebuah akaun media sosial yang menyamar sebagai kedai dalam talian rasmi JDT,” tambah kenyataan kelab.

JDT sebelum ini telah memberi peringatan berhubung penggunaan logo JDT secara tidak sah oleh pelbagai entiti komersil.