Transfer
Goal
Advertisements

Gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dikatakan bakal membawa masuk pemain tengah menyerang dari negara Jepun. Pemain yang dimaksudkan itu adalah Takahiro Kunimoto atau lebih dikenali sebagai Kuni.

Walaupun belum diumumkan secara rasmi oleh JDT, namun berita perpindahan tersebut telah pun tular di media sosial seperti di Instagram dan Twitter.

Kuni yang berusia 25 tahun itu dikatakan bakal hadir ke JDT dari kelab Portugal, Casa Pia. Melalui tinjauan di laman Transfermarkt, Kuni bakal memakai jersi bernombor 88 di JDT. Selain pernah beraksi di eropah, Kuni juga pernah beraksi bersama pasukan gergasi Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai.

Advertisements

Kehadiran Kuni ke JDT sudah tentu akan menambah pilihan buat pengendali JDT, Esteban Solari yang juga memiliki beberapa pemain tengah yang hebat seperti Leandro Velazquez, Juan Muniz serta beberapa pemain tempatan yang tidak kurang hebatnya seperti Afiq Fazail dan Nazmi Faiz Mansor.

Kuni JDT JDT Bakal Bawa Masuk Perancang Dari Jepun?
Sumber dari Transfermarkt.

Sehingga kini masih tiada pengumuman rasmi dari pihak pengurusan JDT. Jika perpindahan itu terjadi, ini bermakna Kuni bakal menjadi pemain Jepun kedua yang pernah dibawa masuk JDT selepas Kei Hirose yang menyarung jersi JDT pada musim 2020.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram