Pasukan gergasi Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC bakal menambah pendapatan komersial mereka menerusi kerjasama dengan dua jenama antarabangsa.
Proses memuktamadkan kerjasama antara JDT FC dengan dua jenama yang masih dirahsiakan identitinya itu kini berada di peringkat akhir.
Sekiranya dimuktamadkan, kerjasama ini bukan saja membabitkan pembukaan cawangan di stadium keramat Harimau Selatan, Stadium Sultan Ibrahim.
Malah, kerjasama ini melihat tentang cara menonjolkan imej kelab, kempen bersama dan ganjaran istimewa buat para penyokong JDT FC.
Harimau Selatan sudah menjalin kerjasama dengan syarikat dan entiti bertaraf antarabangsa seperti Nike, Hublot, Socios.com, UNICEF, Aston Martin Racing Asia, HID Global, Subway, Life Fitness dan Universal Music.
JDT FC juga sebelum ini mengumumkan pembukaan cawangan Starbucks di Stadium Sultan Ibrahim. Stadium tersebut turut mempunyai cawangan Woodfire Burgers, KFC dan Subway.