Advertisement
JDT Bakal Umum Penjaga Gol Baru Musim 2023
Dunia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memberi bayangan bakal mengumumkan pengaja gol baharu bagi perlawanan musim 2023.

Perkara itu dikongsikan oleh TMJ di laman sosial Instagram story milknya semalam selepas JDT mengumumkan kepulangan bekas pemainnya, Diogo Luis Santo ke kelab itu.

Dalam pekongsian tersebut, ada empat lagi kekosongan pemain terutama penjaga gol yang belum diumumkan oleh TMJ. 

Sebelum ini ada khabar angin menyatakan perpindahan penjaga gol Harimau Malaya dan Negeri Sembilan FC, Syihan Hazmi pernah dikaitkan malah semakin hampir menyertai pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). Namun, statusnya masih menjadi tanda tanya dan tidak ada jawapan.

Pasukan Harimau Selatan telah membuktikan prestasi yang sangat cemerlang dalam kempen musim 2022 sekaligus dapat melangkah dengan penuh gemilang dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL).