Ads
Persahabatan
Johor Southern Tigers

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mempamerkan bisa apabila menundukkan jaguh Thailand, Port FC dengan keputusan 3-1.

Advertisements

Skuad kendalian Hector Bidoglio mempamerkan aksi terbaik di Stadium Sultan Ibrahim di samping menguji beberapa pemain.

Advertisements

JDT menurunkan muka baharu seperti penjaga gol, Christian Abad, Iker Undabarrena, Jorge Obregon, Park Jun-heong dan juga Eddy Israfilov.

Advertisements

Advertisements

Aksi babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan untuk menggerakkan permainan namun tuan rumah dilihat lebih garang di hadapan gawang.

Skuad Harimau Selatan membuka tirai jaringan menerusi pemain sayap, Oscar Arribas untuk menghangatkan aksi di SSI.

Advertisements

Keputusan 45 minit pertama berakhir 1-0 memihak JDT.

Bersambung babak kedua, JDT menggandakan asakan untuk menambah jaring di hadapan penyokong sendiri.

Penyerang baharu pasukan, Jorge Obregon menambah derita Port FC menerusi satu selalan cantik untuk gol kedua pasukan sebelum menambah jaringan ketiga.

Willen Mota menjaringkan gol saguhati Port pada minit ke-80 namun tidak mampu untuk mengubah keputusan perlawanan.

Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Aksi tamat dengan JDT mengatasi Port FC dengan keputusan 3-1.

Advertisements

JDT bakal mengharungi aksi persahabatan kedua menentang pasukan kebangsaan Singapura pada 7 September 2024 di Stadium Bolasepak Kallang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram