JDT Beri Kekalahan Besar Kepada Police Tero
Asia Tenggara
Police Tero FC
Advertisements

Kelab Thai League 1, Police Tero mengalami kekalahan besar di tangan kelab gergasi selatan tanah air, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam satu aksi persahabatan tertutup.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) itu menyaksikan The Silver Shield Dragon tewas 5-0 di tangan Harimau Selatan.

Berita ini dikongsikan oleh halaman Facebook, JDTFC menerusi satu hantaran yang disiarkan baru-baru ini.

Advertisements

JDT memiliki rekod baik bila bertemu dengan pasukan Thailand terutama di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Musim 2023-2024 menyaksikan Harimau Selatan dua kali menewaskan BG Pathum United dalam saingan Kumpulan I.

Manakala musim 2021 pula menyaksikan JDT menang sekali dan seri sekali dengan kelab Thai League 1, Ratchaburi.

Advertisements

Perlawanan ini merupakan sebahagian daripada kem latihan yang disertai pasukan Thai League 1 itu di Johor Bahru, Johor sejak beberapa hari lalu.

Sepanjang berada di situ, pasukan yang dibimbing bekas pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe memanfaatkan kemudahan yang dimiliki JDT termasuk pusat latihan mereka.

Pengalaman bersama juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu merupakan pengalaman berharga yang bakal dimanfaatkan untuk baki kempen Thai League 1.

Advertisements

Ketika ini, The Silver Shield Dragon berada dalam zon penyingkiran liga dengan 20 mata daripada 21 perlawanan.

Police Tero berharap dapat bangkit apabila bertemu dengan Muangthong United pada 31 Mac ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram