JDT Berisiko Hilang Dua Tonggak Utama Berdepan Kelantan
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) berkemungkinan tidak dapat menurunkan dua tonggak utama mereka menjelang pertemuan dengan Kelantan esok.

Harimau Selatan sedang gah mendahului carta Liga Super ketika ini selepas membelasah Negeri Sembilan dengan keputusan 7-0 baru-baru ini.

Berbekalkan momentum yang baik, kelebihan nyata bakal memihak kepada anak didik Tano Solari yang turun di hadapan puluhan ribu penyokong setia pasukan.

Advertisements

Namun begitu, kelibat dua orang bintang sensasi pasukan, Bergson da Silva dan juga Leandro Velazquez masih tidak dapat dipastikan selepas kedua-dua pemain ini dilaporkan cedera.

Bergson yang juga merupakan peledak utama JDT telah mengalami kecederaan ketika bertemu KL City manakala Leandro terpaksa diketepikan akibat koyak pada bahagian lututnya.

Advertisements

Dalam satu sesi temubual bersama Tano selepas menentang Negeri Sembilan, beliau memaklumkan bahawa masih tiada keputusan rasmi sama ada kedua-dua pemain ini dapat diturunkan atau tidak berdepan Kelantan.

Kehilangan dua orang pemain ini bagaimanapun tidak menjejaskan persiapan pasukan tatkala mereka masih memiliki kelebihan bertemu The Red Warriors.

Advertisements

Nama-nama seperti Juan Muniz, Endrick, Nazmi Faiz dan juga Afiq Fazail boleh mengisi posisi Leandro manakala Diogo, Syafiq Ahmad, dan Hazwan Bakri sedia diturunkan sekiranya diperlukan.

JDT berpeluang mengukuhkan kedudukan sambil Kelantan sudah tentu tidak mahu melepaskan peluang yang dimiliki ketika ini dengan momentuk terbaik selepas membenam Penang FC 2-0.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram