“JDT Bukan Penjara”  TMJ Jawab Mengenai Perpindahan Arif Aiman Ke Luar Negara
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi memaklumkan bahawa JDT masih tidak menerima sebarang tawaran daripada mana-mana pasukan luar negara untuk mendapatkan khidmat Arif Aiman.

Pemain berusia 20 tahun itu sebelum ini kuat dikaitkan akan berhijrah ke pasukan luar negara dengan beberapa pasukan di Liga Jepun dan Korea menunjukkan minat untuk mendapatkan pemain ini.

Ini termasuklah pasukan J1 League, Kashiwa Reysol yang dikatakan berminat untuk membawa masuk pemain sayap JDT ini bagi memantapkan jentera serangan pasukan.

Advertisements

Perkara ini bagaimanapun dijelaskan oleh TMJ sendiri untuk menutup segala spekulasi di media sosial.

“Buat masa ni kami tiada menerima mana-mana tawaran tetapi saya sebagai pemilik kelab sangat berterus-terang, saya bertanggungjawab atas nilai komersial kelab dan kejayaan kelab di atas padang.”

Advertisements

“Kalau ada siapa siapa nak, bagi duit tawaran yang boleh memberi JDT manfaat daripada pendapatan tersebut. Kelab kami bukan penjara, sesiapa sahaja boleh keluar dari sini,” jelas Baginda di JST.

Arif juga terus mencetuskan fenomena apabila sudah meledak 4 gol dan mencatat 2 bantuan gol setakat ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram