Ads
Dunia
Johor Southern Tigers

Juara Liga Super 2022, Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatakan kehadiran lebih 180,000 orang penonton yang hadir ke Stadium Sultan Ibrahim musim ini.

Advertisements

Angka ini secara tidak langsung menjadi jumlah tertinggi yang dicatatkan oleh pasukan Liga Super bagi kehadiran penonton pada tahun ini.

Advertisements

Malah, pada perlawanan terakhir Liga Super menentang Sabah FC tempoh hari, Harimau Selatan berjaya meraih sebanyak 34, 038 ribu penonton bagi menyaksikan malam gemilang pasukan.

Advertisements

Advertisements

Menerusi satu hantaran oleh Johor Southern Tigers, mereka merakamkan ucapan penghargaan kepada para penyokong yang sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan.

Malah, secara amnya, pasukan yang turun berdepan JDT sama ada beraksi di gelanggang sendiri mahupun berkunjung ke bumi Johor sudah tentu berjaya membawa sokongan yang lebih tinggi daripada penyokong. 

Advertisements
Advertisements

Hal ini secara tidak langsung bakal menjadi tonik terbaik buat JDT untuk terus menagih sokongan padu menjelang Piala Malaysia dalam misi menyapu bersih kesemua trofi di Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram