JDT Catat Kehadiran Tertinggi Liga Super Musim 2023
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya merekodkan satu lagi pencapaian luar biasa menerusi kehadiran tertinggi penonton bagi aksi Liga Super musim ini.

Skuad Harimau Selatan merekodkan kejayaan sedekad apabila mendominasi Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut.

Kejayaan ini diserikan lagi apabila pasukan milik DYAM TMJ berjaya merangkul ‘double quadruple’ selepas mengekalkan kejuaraan Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia tahun ini.

Advertisements

JDT juga mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi oleh para penyokong apabila Stadium Sultan Ibrahim (SSI) mencatatkan jumlah kehadiran tertinggi bagi aksi Liga Super musim ini.

Menerusi pengkalan data yang dikumpulkan oleh MakanBola, Stadium Sultan Ibrahim berada di tangga pertama dengan jumlah kehadiran seramai 195,928 Ribu dengan purata 15,071.38 Ribu penonton hadir dalam satu perlawanan.

Advertisements

Kehadiran tertinggi bagi aksi JDT yang direkodkan bagi tahun 2023 adalah pada aksi terakhir liga bagi menyambut malam kejuaraan pasukan iaitu seramai 33,169 Ribu penonton.

Jumlah kehadiran paling rendah pula dicatatkan pada aksi antara Harimau Selatan berdepan Kuching City pada 23 November 2023 iaitu sebanyak 8,441 penonton namun jauh lebih ramai berbanding di sesetengah stadium.

Advertisements

Sokongan padu ini hasil prestasi konsisten yang ditampilkan oleh pasukan sejak permulaan musim yang menyaksikan JDT merekodkan 25 kemenangan dan satu seri tanpa sebarang kekalahan dalam saingan liga.

Skuad kendalian Tano Solari juga menjaringkan 100 gol dan hanya dibolosi 7 jaringan sepanjang 26 perlawanan yang telah diharungi.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram