JDT Catat Rekod Kehadiran Tertinggi Sejak Tahun 2015
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bersesuaian dengan status sebagai pasukan gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) sentiasa menarik ramai penyokong datang ke stadium. Dan sejak tahun 2015, JDT merekodkan kehadiran penyokong tertinggi di stadium tertinggi di Malaysia.

Rekod ini bukan saja dicatatkan di gelanggang baru Harimau Selatan, Stadium Sultan Ibrahim. Malah, dari tahun 2015 hingga 2019, ia dicatatkan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.

Selepas berpindah ke Stadium Sultan Ibrahim pada tahun 2020, pandemik Covid-19 melanda dunia mengakibatkan perlawanan terpaksa dilangsungkan tanpa kehadiran penyokong untuk musim 2020. Sementara untuk musim 2021, kapasiti penyokong yang hadir ke stadium juga dihadkan.

Advertisements

Hanya pada 2022, bilangan penyokong yang hadir menonton perlawanan JDT kembali ke tahap normal. Tahun tersebut menyaksikan 196,801 orang hadir menonton perlawanan Liga Super dan Piala Sumbangsih dengan purata 17,891 penyokong pada setiap perlawanan.

Dan untuk tahun ini, empat perlawanan awal Harimau Selatan termasuk Perlawanan Sumbangsih menentang Terengganu menyaksikan 99,280 orang hadir. Rekod ini yang tertinggi setakat ini dan boleh saja bertambah sehingga akhir tahun ini.

Advertisements

Ini jelas membuktikan tarikan JDT dari segi komersial bukan saja dari segi penajaan tetapi juga dari segi sokongan penyokong. Dan ini seharusnya menjadi inspirasi kepada pasukan-pasukan lain agar berusaha menarik lebih ramai penyokong hadir ke stadium dan menyokong pasukan kesayangan mereka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram