Rumours: JDT Bakal Dapatkan Khidmat Radamel Falcao

falcao johor darul takzim Rumours: JDT Bakal Dapatkan Khidmat Radamel Falcao
Bg Photo: PA UK
Nik Faris @nikfalovic
8:26pm 15/08/2021

JDT Terima Tawaran Tandatangani Bintang Manchester United Dan Chelsea.

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dikhabarkan bakal menambah kekuatan pasukannya apabila ada ura-ura menyebutkan bahawa mereka bakal menandatangani seorang pemain bintang pada jendela perpindahan Liga Super akan datang.

Menerusi satu kenyataan di Twitter Juan Budiman, beliau melaporkan bahawa pasukan Harimau Selatan menerima tawaran untuk membawa masuk seorang pemain bintang.

Baca: Radamel Falcao Diarah Segera Tinggalkan Galatasaray

Ia dikhabarkan bekas pemain yang pernah berkelana di Eropah bersama pasukan gergasi England iaitu Manchester United dan Chelsea yang berasal dari Amerika Selatan.

Sehubungan dengan itu, terdapat banyak nama yang digembar-gemburkan oleh para peminat tanah air mengenai individu misteri yang dikhabarkan tersebut.

Sebahagian peminat berpendapat bahawa pemain bintang tersebut ialah Radamel Falcao yang pernah beraksi buat kedua-dua pasukan yang dinyatakan di atas. Penyerang kebangsaan Colombia ini juga pernah mencipta nama di pentas tertinggi bersama pasukan Porto dan juga Atletico Madrid.

Namun begitu, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi berhubung khabar tersebut disebabkan tidak ada penjelasan dari mana-mana pihak di JDT.

Berita perpindahan ini secara amnya mendapat liputan oleh segenap lapisan penyokong sambil mengetahui bahawa pasukan itu mempunyai segala kudrat untuk menarik nama besar ke bumi Johor.

Ia merupakan satu perkara yang menarik untuk dinantikan .