Radamel Falcao Diarah Segera Tinggalkan Galatasaray
Dunia
Advertisements

Galatasaray telah meminta penyerang bintang Radamel Falcao untuk meninggalkan kelab kerana mereka tidak lagi dapat menampung gajinya yang tinggi.

Selepas hanya mampu menjaringkan 19 gol liga dalam dua musim di Liga Turki, bekas penyerang Manchester United, Chelsea, Atletico Madrid dan Monaco itu diminta untuk mencari pasukan baru.

Presiden Galatasaray, Burak Elmas mengatakan masalah kewangan kelab memaksa mereka untuk melepaskan beberapa pemain bintang termasuklah Radamel Falcao.

Advertisements

“Saya bercakap dengan Falcao dan Feghouli,” katanya kepada wartawan.

Baca: JDT Bakal Dapatkan Khidmat Radamel Falcao

“Mereka memberikan perkhidmatan yang sangat baik kepada kami tetapi dengan struktur gaji ini kami tidak dapat membayar gaji mereka. Kami mahu mereka mencari kelab lain. ‘

Advertisements

Galatasaray terkesan teruk disebabkan pandemik Covid-19 tanpa hasil jualan tiket disamping kerugian besar setelah gagal mara ke pusingan seterusnya dalam saingan Liga Juara-Juara UEFA setelah tewas kepada PSG Eindhoven.

Elmas menambah: ‘Saya harap mereka segera bertindak balas dengan masalah ini dan segera mencari kelab untuk diri mereka dalam masa yang singkat.”

“Kami ingin berpisah dengan menjaga hubungan baik (tanpa paksaan).”

Advertisements

“Ini keputusan pengurusan dan kami tidak akan mempertimbangkannya untuk musim mendatang.”

Sebelum ini, bintang Kolumbia terbabit dikaitkan dengan perpindahan ke Johor Darul Ta’zim seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal sukan Turki.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram