“JDT FC Perlu Berubah” – Matyo
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha merasakan bahawa JDT perlu tampil dengan idea yang lebih segar menjelang sepak mula separuh kedua Liga Super.

Perkara ini susulan pertembungan dengan pasukan Terengganu FC yang menyaksikan anak didik Tano Solari jelas tidak memperagakan aksi terbaik pada musim ini.

Mengulas lanjut kepada Astro Arena, pemain kelab Harini FT ini yakin pasukan-pasukan lain sudah pun membuat analisis terperinci untuk berdepan skuad Harimau Selatan.

Advertisements

“Pasukan-pasukan lain sudah banyak membuat analisis terhadap persembahan JDT. Jadi untuk separuh kedua Liga Super nanti, JDT perlu mengkaji taktikal baru kerana taktikal sekarang sudah boleh dibaca.”

Matyo bagaimanapun memuji semangat juang yang dipamerkan oleh para pemain Terengganu yang berjuang dengan 9 pemain di atas padang.

Perkara ini disokong oleh bekas pertahanan Kelantan FC, Subramaniam yang menganggap aksi JDT kini sedikit sendu.

Advertisements

Menurut penjelasan Safee Sali, juga menjadi antara faktor yang memberi kesan kepada persembahan pasukan di samping tahap kecergasan telah menyebabkan aksi JDT berada di bawah tahap yang sering dilihat.

Aksi Liga Super bakal berehat seketika bagi memberi laluan kepada aksi skuad kebangsaan berdepan Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea di Terengganu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram