JDT Futsal Sah Dapatkan Khidmat Helio Neto
UltraSukan
UltraSukan
Futsal JDT
Advertisements

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah mula melakukan persiapan rapi bagi menghadapi saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2024.

Ini selepas naib juara MPFL 2023 itu secara rasmi mengumumkan Helio Neto sebagai pemain baharu mereka di media sosial rasmi kelab dari selatan tanah air tersebut.

Advertisements

Helio Neto atau nama sebenarnya Raimundo Helio Carneiro Neto telah beraksi bersama Selangor TOT United pada musim lalu dan sangat sinonim dengan rembatan padu serta kebolehan menggunakan kedua-dua belah kaki.

Advertisements

Pemain yang berasal dari Brazil itu merupakan tonggak penting untuk Selangor TOT United dan berjaya membawa kelab tersebut ke peringkat separuh akhir MPFL 2023.

Sebelum ini, JDT telah mengumumkan ketibaan tonggak kebangsaan, Yazid Kamaruzuan sebagai pemain baharu dan juga jurulatih kecergasan, Jesus Rey Gonzales untuk bersama mereka mengharungi musim 2024.

Ketibaan Helio Neto ini membuktikan bahawa skuad Harimau Selatan amat serius bagi mencabar kejuaraan selepas dikecewakan Pahang Rangers pada musim lepas.

Advertisements

News Comments Account