JDT Jadi Destinasi Baharu Romel Morales
Transfer
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan ketibaan pemain naturalisasi baharu, Romel Morales.

Pemain berusia 26 tahun itu sudah berbakti hampir 6 tahun di Malaysia sebagai pemain import.

Beliau juga beraksi cukup cemerlang bersama pasukan Ibu Kota, KL City FC selama tiga musim dan membantu pasukan mara ke tiga final berbeza.

Advertisements

Romel juga menjadi watak penting buat The City Boys apabila membantu pasukan untuk menjulang Piala Malaysia pada tahun 2021.

Spekulasi mengenai pemain naturalisasi terbaru yang bakal menyertai Harimau Selatan terjawab apabila beliau sah menyertai JDT menerusi pengumuman rasmi oleh Johor Southern Tigers.

Pemain kelahiran Colombia itu menjadi individu penting yang membantu Malaysia untuk mengikat Korea Selatan pada aksi Piala Asia AFC 2023.

Advertisements

Bagi saingan Liga Super musim 2023, Romel menjaringkan 8 gol dan mencipta dua bantuan gol sepanjang 1447 minit yang diturunkan.

JDT menjadi kelab ke-4 di Malaysia selepas PKNS, Melaka dan juga KL City FC sejak tahun 2018.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram