JDT Julang Piala Lagi
Dunia
JST
Advertisements

Kejayaan demi kejayaan yang digapai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) seperti tiada halangan apabila mereka mencapai satu lagi kejayaan menjulang piala semalam.

Pasukan SMK Taman Desa Skudai (Akademi JDT B-14) telah memenangi Liga Piala Menteri Pendidikan B-14 2022 selepas menewaskan Akademi Mokhtar Dahari B-14 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Pasir Gudang semalam.

Berita tersebut dikongsikan oleh pemilik akaun twitter, Azlani Adani yang kini bersama Astro Arena. Dalam perlawanan akhir tersebut, JDT terlebih dahulu mendahului perlawanan seawal minit ke-9 melalui tandukan cantik Syaifullah Sulaiman.

Advertisements

Tersentak dengan gol JDT, AMD bangkit kembali dan berjaya menyamakan kedudukan melalui Izzudin Afif Nazarudin pada minit ke-32 hasil satu sepakan percuma yang baik.

Kedudukan 1-1 itu kekal sehingga tamat permainan memaksa perlawanan dilanjutkan ke penentuan sepakan penalti. JDT berjaya memenanginya dengan keputusan 4-1 dan satu sambutan yang meriah dapat disaksikan di atas padang Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram