Advertising
JDT & Kerajaan Johor Sedia Juadah Buka Puasa Sebelum Aksi ACLE
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kerajaan negeri Johor bekerjasama menyediakan juadah buka puasa sebelum aksi kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) pada 11 Mac ini.

Inisiatif ini dibuat atas titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan pemilik JDT.

Ad

Baginda melihat menerusi penyediaan juadah buka puasa itu, ini bukan saja membantu memudahkan penyokong berbuka puasa di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Ad

Malah, ini membolehkan lebih ramai penyokong hadir memberi sokongan kepada JDT yang bakal menentang kelab Thailand, Buriram United.

Makanan yang telah dibungkus akan diedarkan di semua pintu masuk penyokong ke ruang tempat duduk stadium dan di Tempat Letak Kereta Zon 3 mulai 4.30 petang.

Ad

Antara makanan yang disediakan buat para penyokong ialah bubur lambuk, KFC, buah kurma, mee goreng, kuetiau kawah dan minuman.

Ad

Selain itu, pengurusan Harimau Selatan turut menyediakan kemudahan menunaikan solat di kawasan Tempat Letak Kereta Zon 3. Ini sebagai tambahan kepada lapan ruang solat yang sedia ada di SSI.

Ad

Kehadiran penyokong JDT untuk aksi kedua pusingan 16 menentang Buriram United berpotensi mengatasi angka kehadiran aksi ACLE menentang Pohang Steelers.

Ini selepas pengurusan Harimau Selatan memaklumkan tiket untuk perlawanan menentang Thunder Castle sudah habis dijual.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments