Kemaraan Johor Darul Ta’zim (JDT) ke suku akhir kejohanan tertinggi kelab Asia membolehkan mereka meraih tambahan habuan wang tunai.
JDT meneruskan perjuangan dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) ke pusingan suku akhir selepas berhasil mengalahkan Sanfrecce Hiroshima 3-2 secara agregat pada Rabu.
Aksi cemerlang ditampilkan oleh anak didik Xisco Munoz ini menyaksikan habuan besar berjaya dikaut oleh JDT selepas mara ke pusingan suku akhir ACLE bersama 3 lagi wakil Asia Timur.
Dengan tiket suku akhir ACLE itu, pasukan Harimau Selatan sudah pun memastikan habuan sebanyak RM1.6 juta berada dalam genggaman setelah cemerlang melepasi pusingan 16 terbaik.
Tambahan RM1.6 juta ini menyaksikan JDT kini mengumpul wang kemenangan berjumlah RM5.5 juta setelah mengutip RM3.9 juta sebelum ini atas prestasi hebat dan penyertaan di kejohanan ACLE.