Juara bertahan Piala FA 2024, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melepaskan 3 pemain secara pinjaman.
Skuad Harimau Selatan mengharungi kempen cemerlang musim ini apabila tidak tewas dalam mana-mana kejohanan musim ini.
Persaingan merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan telah menyebabkan beberapa pemain utama pasukan dilepaskan secara pinjaman.
Pemain sayap lincah JDT, Ramadhan Saifullah menjadi tonggak terbaru yang dilepaskan oleh skuad Harimau Selatan secara pinjaman.
Tonggak berusia 24 tahun itu membawa haluan ke Kuching City untuk membantu pasukan bimbingan Aidil Sharin Sahak.
Sebelum ini, pasukan bimbingan Hector Bidoglio telah melepaskan perancang tengah, Endrick Dos Santos ke kelab Vietnam iaitu Ho Chi Minh City.
Seorang lagi pemain tengah turut membawa haluan baharu ialah pemain kelahiran Portugal, Chico Geraldes yang kini beraksi di LaLiga2 bersama CD Eldense.
JDT juga telah menerima sentuhan 7 muka baharu seperti Jorge Obregon, Park Jun-heong, Iker Undabarrena dan juga Andoni Zubiaurre yang sudah melakukan debut di AFC Champions League Elite (ACLE).