Advertising
JDT ll Belasah Tanjong Pagar United
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Perlawanan persahabatan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ll berdepan kelab Singapura, Tanjong Pagar United memihak kepada JDT dengan keputusan 4-0.

Perlawanan ini merupakan detik penting kepada pasukan muda JDT setelah diberikan ruang untuk memperagakan aksi terbaik dan juga mengharungi aksi kompetitif sebelum musim bermula.

Ad

Sebelum ini, beberapa pemain JDT ll telah diberikan peluang untuk beraksi menentang dua wakil Thai League 1, Police Tero dan juga Chonburi untuk memperoleh pengalaman berharga.

Ad

Skuad muda Harimau Selatan terus menempa keputusan positif apabila menewaskan Tanjong Pagar United dalam satu aksi tertutup semalam.

JDT memiliki beberapa percubaan awal untuk menjaringkan gol namun sedikit tersasar berdepan skuad utama pasukan seberang tambak.

Ad

JDT selesa mendahului dengan dua jaringan namun Tanjong Pagar yang diketuai oleh Salif Cisse di bahagian serangan terus rancak memburu jaringan.

Ad

Skuad muda JDT menambah jaringan ketiga menerusi satu tandukan cantik sebelum satu tekanan hebat kepada pertahanan lawan membuahkan gol keempat pasukan.

Ad

Perlawanan antara JDT ll dan Tanjong Pagar United tamat dengan keputusan 4-0.

Video: JDT vs Tanjong Pagar United