Advertisements
JDT Muktamadkan Perpindahan Ryan & Declan Lambert
Transfer
MakanBola
KL City FC

Pasukan gergasi selatan tanah air, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mengesahkan perpindahan dua bintang KL City FC, Ryan dan Declan Lambert.

Advertisement

Perpindahan ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards menerusi satu kenyataan media hari ini.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menandatangani Azam Azmi, Manuel Hidalgo, Declan Lambert dan Ryan Lambert. Kami juga dalam perbincangan untuk menandatangani seorang penjaga gol,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Kenyataan ini menamatkan spekulasi tentang status Ryan dan Declan sebagai pemain JDT. Sebelum ini, gambar Ryan berlatih bersama JDT pantas dikesan oleh penyokong setia Harimau Selatan.

Bagaimanapun, kembar Lambert bakal mengharungi haluan berbeza. Declan akan kembali ke KL City secara pinjaman semusim untuk musim 2024-2025.

Advertisement

Sementara kedudukan Ryan pula akan dikaji oleh pengurusan Harimau Selatan sama ada untuk meminjamkannya ke pasukan lain atau diserap ke JDT II.

Advertisement

Ryan dan Declan masing-masing merekodkan 64 dan 61 penampilan dalam Liga Super bersama KL City sejak menyertai pasukan itu pada 2021 dan 2022.

Tempoh tersebut menyaksikan Ryan membantu The City Boys bergelar juara Piala Malaysia 2021. Kedua-duanya turut membantu KL City mara ke final Piala AFC (2022) dan Piala FA (2023).

Advertisement