JDT Mula Atur Pelan Musim 2024/25 Lebih Awal
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Johor Darul Ta’zim (JDT) mula mengatur pelan musim 2025/2045 lebih awal walaupun masih berbaki 3 bulan sebelum saingan liga Malaysia bermula.

Malaysian Football League (MFL) sebelum ini telah mengumumkan secara rasmi bahawa sepak mula Liga Malaysia bakal bermula pada 10-12 Mei 2024.

Namun juara Liga Super sepuluh kali berturut-turut, JDT pantas melakukan persiapan awal bagi aksi pramusim kelab menerusi mesyuarat antara ketua jurulatih, Hector Bidoglio dan juga para staf kejurulatihan JDT.

Advertisements

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Alistair Edwards, ketua pegawai eksekutif JDT menerusi perkongsian di laman media sosial rasmi kelab tersebut.

Pada November tahun lalu, JDT telah mengumumkan bakal menjalani aksi pramusim di Sepanyol dan Portugal malah turut ditawarkan kemudahan fasiliti latihan terbaik di Portugal oleh pemilik Portimonense FC, Constantin Teodoro Panagopoulos.

JDT juga secara rasmi telah membawa masuk 4 muka baharu bagi mengharungi saingan musim hadapan antaranya ialah Jalil Elias, Francisco Chico Geraldes, Murilo Henrique dan Nicolao Cardoso selain kembali mengekalkan khidmat Fernando Forestieri.

Advertisements

Disebalik pengurangan bajet sebanyak 40%, JDT kekal melakukan persiapan terbaik mereka dalam memperkuatkan pasukan bagi mengharungi saingan liga musim 2024/2025.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram