JDT Official Store Bakal Dibuka Di Toppen Shopping Centre
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kedai cenderamata rasmi Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) bakal dibuka di Toppen Shopping Centre.

Ini selepas pengurusan kelab memuatnaik imej terbaru kedai itu dalam satu hantaran di Johor Southern Tigers.

Ini merupakan sebahagian daripada kerjasama rasmi JDT dengan Toppen bagi menaikkan lagi jenama pasukan itu.

Advertisements

Kedai ini yang turut berperanan sebagai rumah kelab ini bakal menampilkan gudang barangan dan ruang khas buat penyokong JDT yang berkumpul di luar stadium.

Kedai yang terletak di tingkat atas pusat beli-belah berkenaan dijangka dibuka kepada umum pada awal tahun depan.

Justeru, bagi menarik minat orang ramai untuk bertandang ke kedai itu apabila ia dibuka nanti, satu peraduan gambar dibuka kepada penyokong Harimau Selatan.

Advertisements

Penyokong hanya perlu mengambil gambar mereka di depan kedai rasmi JDT di Toppen Shopping Centre. Setelah itu, mereka perlu menyelitkan mesej sesuai untuk gambar berkenaan.

Setelah itu, penyokong perlu tag JDT dan @ToppenMY berserta hashtag #JDTOfficialStoreToppen dalam hantaran gambar sebelum dimuatnaik ke Facebook, X atau Instagram.

Lima penyertaan paling kreatif akan memenangi dua tiket perlawanan ACL JDT menentang Ulsan Hyundai yang berlangsung pada 7 November ini.

Advertisements

Tarikh tutup pertandingan tamat pada 4 November 2023 dengan semua pemenang akan dihubungi melalui media sosial.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram