JDT Raih RM6.2 Juta Hasil Aksi Cemerlang Di Asia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih ganjaran sebanyak AS$1.3 juta (RM6.2 juta) kerana mara ke pusingan 16 Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Kemaraan JDT ke peringkat tersebut disahkan menerusi kemenangan 1-0 ke atas Vissel Kobe di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Marcos Guilherme muncul wira dengan meledakkan gol kemenangan.

ASEAN Football kemudiannya melaporkan JDT menerima ganjaran sebanyak AS$1.3 juta (RM6.2 juta) atas pencapaian pasukan itu.

Selain yuran penyertaan berjumlah AS$800,000 (RM3.1 juta), JDT turut menerima AS$300,000 (RM1.2 juta) untuk tiga kemenangan yang diraih dalam ACLE.

Selain Vissel Kobe, dua lagi pasukan yang menjadi pasukan Harimau Selatan ialah Chengdu Rongcheng dan Shanghai Shenhua.

JDT turut menerima AS$200,000 (RM780,000) atas ganjaran layak ke pusingan 16 ACLE. Ini tidak termasuk nilai tajaan, nilai hak penyiaran dan bentuk subsidi yang diterima sepanjang pertandingan.

Ganjaran ini dilihat satu suntikan moral buat JDT. Ini kerana ganjaran tersebut menambah kekuatan kewangan yang dimiliki pasukan berkenaan.