Spekulasi mengenai perpindahan seorang lagi pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya terjawab apabila individu tersebut ialah Juan Muniz.
Pemain berusia 31 tahun itu secara rasminya akan memperkuatkan pasukan Harimau Selatan dalam misi memburu kejuaraan pada musim hadapan.
Menerusi satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers, JDT sah akan mendapatkan khidmat pemain tengah menyerang kelahiran Sepanyol ini.
Juan Muñiz merupakan bekas pemain Sporting Gijon di Sepanyol kali terakhir beraksi di Greece bersama Atrominos Athen musim lalu.
JDT difahamkan akan mengumumkan dua lagi import iaitu pertahanan kiri sekaligus membawa petanda bakal gegar pentas Asia musim 2023.