Advertisement
JDT Sambar Penyerang Brazil, Heberty Fernandes
Transfer
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat pengumuman mengejutkan apabila mengesahkan ketibaan pemain import haharu pasukan, Heberty Fernandes.

Menerusi satu kenyataan oleh DYAM TMJ, skuad Harimau Selatan akan menerima ketibaan pemain baharu selepas baginda mengesahkan khidmat penyerang sensasi pasukan, Diogo Louis Santo tidak dapat digunakan selama beberapa bulan.

Menerusi satu pengumuman oleh Johor Southern Tigers, Heberty sah menjadi individu yang dimaksudkan oleh DYAM TMJ untuk menajamkan lagi pasukan.

Penyerang sensasi Liga 1 Thailand ini kali terakhir dikesan beraksi bersama Bangkok United dan pernah mewakili beberapa pasukan di sana.

JDT pernah mencuba untuk membawa masuk pemain ini pada tahun 2018 bagi mengisi peranan selaku penyerang pasukan ketika Heberty masih beraksi buat Muathong United.

Ini sudah pasti menambah sengat buat jentera serangan Harimau Selatan terutamanya sebagai persediaan beraksi di pentas Liga Juara-Juara AFC.

Sebagai rekod, penyerang berusia 34 tahun ini merupakan penjaring terbanyak Liga Thailand apabila merekodkan 159 gol dalam 249 perlawanan di sana.