Advertisement
JDT Sasar Sekurang-Kurangnya Tempat Ke-3 Liga Super
Liga Super
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim meletakkan sasaran buat JDT bagi musim 2023.

Musim ini sasaran pasukan adalah untuk menamatkan kempen Liga Super sekurang-kurangnya di tangga ketiga teratas liga. Beliau menjelaskan layak ke pentas Asia menjadi misi utama buat skuad Harimau Selatan.

“Target kami untuk pasukan JDT macam biasa, top 3 dan harap-harap dapat bermain di Asia.”

Bagi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pula, JDT berhasrat untuk membawa pasukan melangkah ke pusingan kalah mati.

“Untuk kejohanan ACL, kami harap dapat melepasi peringkat kumpulan,” ujar TMJ.

TMJ dalam pada itu menjelaskan bahawa JDT bakal mempertaruhkan bakat-bakat muda dalam dua kejohanan di dalam negara iaitu saingan Piala FA dan Piala Malaysia.

Target JDT adalah untuk memberikan pendedahan buat pemain muda dan jika skuad ini berjaya melangkah ke peringkat suku akhir, ia dianggap sebagai satu kejayaan buat JDT.

Juara bertahan Liga Super sembilan tahun berturut-turut ini sudah pastinya mahu menamatkan musim 2023 dengan banyak kejayaan demi kejayaan. Skuad kendalian Esteban Solari ini pasti akan terus menjadi pasukan pilihan untuk saingan Liga Malaysia tahun ini.