Advertising
JDT & Selangor Antara 8 Pasukan Sertai MPFL Divisyen 1 2025
UltraSukan
JDT/Selangor Futsal

Ini senarai 8 pasukan yang sah sertai Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 1 bagi musim 2025 termasuklah Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor.

Dalam satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Rabu menyaksikan 8 pasukan bakal turut serta dalam MPFL 2025 yang dijadualkan pada awal Mac hadapan.

“Sebanyak lapan pasukan telah mengesahkan penyertaan untuk bertanding dalam pertandingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 1 2025 yang dijadual berlangsung dari 8 Mac hingga 13 Julai 2025,” umum FAM.

Ad

Daripada 8 pasukan itu, 6 daripadanya merupakan pasukan Divisyen 1 bagi musim lalu iaitu JDT sebagai juara bertahan, Selangor, Pahang Rangers, Sabah FA, TOT United serta KL City.

Ad

Manakala dua lagi merupakan pasukan dari Divisyen 2 musim lalu iaitu Kedah dan Malaysian University bagi menggantikan tempat Shah Alam City serta Terengganu FA yang tidak turut serta.

“Ia terdiri daripada enam pasukan Divisyen 1 musim lalu iaitu juara bertahan – Johor Darul Ta’zim, Selangor FC, Pahang Rangers FC, Sabah FA, TOT United FC dan KL City FC serta dua pasukan dari Divisyen 2 musim lalu iaitu naib juara – Kedah dan pasukan tangga keempat, Malaysian University FT.”

Ad
Ad

Format kejohanan tidak berubah seperti musim lalu apabila dijalankan secara liga dua pusingan iaitu beraksi di laman sendiri dan di tempat lawan bermula 8 Mac sehingga 13 Julai hadapan.

Ad

Setiap pasukan MPFL Divisyen 1 2025 dibenarkan mendaftar maksimum seramai dua orang pemain import selain wajib menyenaraikan minimum tiga orang pemain Bawah 19 Tahun.

Untuk rekod, JDT muncul juara MPFL 2024 setelah mengutip 39 mata setelah 14 perlawanan, 6 mata mengatasi Selangor di tempat kedua manakala Pahang Rangers di tangga ketiga.