Advertisement
JDT & Sri Pahang Sebenarnya Sama Liat
Liga Super
MakanBola
JST & Sri Pahang

Dua pasukan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang membuktikan bahawa pasukan mereka bukan pasukan yang mudah ditewaskan.

Anak didik Tano Solari membuka perjalanan cerita Liga Super 2023 dengan penuh bergaya apabila mencatatkan 6 kemenangan bersih setakat ini.

Skuad Harimau Selatan berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya meledak 25 gol dan hanya bolos satu menentang Kelantan tempoh hari.

Mereka juga telah pun menewaskan pasukan gergasi lain seperti Selangor, Sabah dan Terengganu sekaligus memberi bayangan bakal menggondol Liga Super buat musim ke-10 bertutut-turut.

Namun begitu, sebuah lagi pasukan yang kurang diberi perhatian iaitu Sri Pahang membuktikan bahawa mereka juga mampu beraksi dengan cukup baik musim ini.

Selepas 6 perlawanan, anak didik Fandi Ahmad juga masih tidak mencatatkan sebarang kekalahan dengan merekodkan 2 kemenangan dan 4 seri.

Skuad Tok Gajah yang kini berada pada tangga ke-5 sudah pun meledak 11 jaringan dan bolos 5 setakat ini.

Sungguhpun terdapat kerisauan dalam diri pengendali kelahiran Singapura itu, beliau tetap optimis dengan kemampuan pasukannya untuk merebut tangga tiga teratas liga.

Hal ini juga dibuktikan apabila terdapat tiga orang pemain JDT dan seorang pemain Sri Pahang dalam senarai penjaring terbanyak iaitu Fernando Forestieri dengan 6 gol manakala Juan Muniz, Arif Aiman dan Stefano Brundo masing-masing dengan 4 gol.

JDT akan tertemu Perak di Ipoh bagi aksi berikutnya manakala Sri Pahang bakal ke Kelana Jaya bagi menentang PDRM FC.