JDT Tempang Tanpa Corbin Ong & Shane Lowry
ACL
JST
Advertisements

Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) tempang tanpa dua tonggak utama bahagian pertahanan menjelang aksi terakhir Kumpulan I Liga Juara-Juara AFC (ACL) menentang BG Pathum United hari ini.

JDT terpaksa melupakan khidmat bek kiri Harimau Malaya, La’Vere Corbin Ong dan bek tengah Australia, Shane Lowry.

Ini selepas kedua-duanya terpaksa dikeluarkan dalam aksi final Piala Malaysia 2023 menentang Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada minggu lepas.

Advertisements

Jurulatih Harimau Selatan, Tano Solari mengakui kehilangan kedua-dua pemain ini merencatkan sedikit perancangan beliau bila menentang The Rabbits.

Biarpun tidak mendedahkan tempoh pemulihan yang akan dilalui Corbin dan Lowry, beliau berharap kedua-duanya dapat pulih dan kembali cergas seperti sediakala.

“Malangnya, keadaan padang (SNBJ) untuk aksi final sangat buruk dan kita ada beberapa (pemain) mengalami kecederaan semasa perlawanan. Amat malang bagi kedua-duanya (Corbin dan Lowry) kerana mereka mengambil berat dan bekerja keras.

Advertisements

“Saya tak tahu gambarannya tetapi kita ada tiga kecederaan pemain dalam satu perlawanan. Ia menyedihkan buat kami kerana mereka pemain yang bagus.

“Mereka akan kembali, kita akan tinggalkan mereka (untuk pemulihan). Tiada gunanya untuk mereka (paksa diri untuk) bermain dan kita tinggalkan mereka untuk mereka menjalani pemulihan.

“Kita ada ramai pemain yang boleh menampung ketiadaan mereka. Tapi macam saya katakan, mereka berdua pemain yang penting dan harapnya kita tidak perlu bermain di atas padang sebegitu lagi,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan semalam.

Advertisements

Berita ini juga dijangka menggusarkan jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon. Ini kerana Corbin merupakan tonggak utama barisan pertahanan skuad negara sejak dilatih jurulatih Korea Selatan itu pada 2022.

Ramai peminat bola sepak Malaysia berharap bek kiri berusia 32 tahun itu sempat pulih sebelum kempen Piala Asia 2023 yang bermula pada 12 Januari 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram