Corbin-Ong & Ubaidullah Sah Cedera, Shane Lowry Menangis Tinggalkan Padang
Piala Malaysia
Haziq/MakanBola
Advertisements

Khabar duka menyelubungi kem pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC selepas beberapa bintang utama seperti La’Vere Corbin-Ong dan Ubaidullah Shamsul mengalami kecederaan.

Aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik namun terpaksa membayar harga yang mahal selepas kecederaan beberapa pemain utama menjadi masalah.

Keadaan pertama terjadi selepas dua minit memasuki babak kedua permainan apabila Corbin-Ong tidak dapat meneruskan permainan kerana kecederaan pergelangan kaki.

Advertisements

Selepas itu, giliran Shane Lowry yang baru sahaja pulih daripada kecederaan panjang terpaksa meninggalkan padang dalam keadaan menangis.

Perhatian peminat tertumpu apabila detik getir pertahanan muda Terengganu FC, Ubaidullah Shamsul yang berisiko cedera teruk selepas kakinya tersangkut pada tanah sebelum tergolek dan bertembung dengan Suhaimi Husin.

Selepas perlawanan tamat, ketua jurulatih JDT, Tano Solari mengesahkan bahawa dua bintang utamanya itu sememangnya mengalami kecederaan.

Advertisements

“Corbin-Ong memang cedera sama juga dengan Shane (Lowry), kerana itu awal melihat beliau (Shane) menangis ketika meninggalkan padang.”

Ubaidullah ketika ditemui selepas perlawanan juga memberitahu bahawa tahap kecederaan beliau masih belum dapat dikenal pasti dan perlu menjalani pemeriksaan selanjutnya.

“Saya masih belum pasti (tentang kecederaan), saya perlu pulang ke Terengganu dan memeriksanya,” ujarnya kepada MakanBola.

Advertisements

JDT masih perlu mengharungi cabaran getir di Liga Juara-Juara AFC (ACL) sementara anak didik Tomislav Steinbruckner bakal menghadapi Bali United bagi aksi terakhir di Piala AFC 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram