Safee Sali: Jordi Amat Patut Dilayangkan Kad Merah
Piala Malaysia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Lagenda bola sepak kebangsaan, Safee Sali merasakan pertahanan tengah JDT, Jordi Amat sepatutnya dilayangkan kad merah.

Pemain kebangsaan Indonesia itu dikesan menghalang percubaan penyerang Terengganu, Ivan Mamut yang berpeluang menyamakan kedudukan.

Namun begitu, pengadil perlawanan membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan daripada penjaga garisan yang memberi isyarat sepakan penalti.

Advertisements

Jordi Amat bagaimanapun dapat meneruskan permainan seperti biasa tanpa layangan kad.

Menurut pemerhatian Safee Sali, beliau merasakan layangan kad yang lebih setimpal perlu diberikan kepada pemain tersebut.

“Ivan Mamut memiliki peluang satu lawan satu berdepan Syihan. Tindakan ini perlu dipersoalkan kerana Jordi Amat orang terakhir yang mematahkan serangan Ivan Mamut.”

Advertisements

“Sepatutnya ada layangan kad yang lebih (merah) pada saya” jelasnya kepada Astro Arena.

Harimau Selatan berjaya meraih kemenangan dengan keputusan 3-1 hasil jaringan Bergson, Feroz dan juga Arif Aiman manakala jaringan Terengganu menerusi Ivan Mamut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram