JDT Tewas Mengejut Kepada Police Tero
Asia Tenggara
Police Tero FC
Advertisements

Pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terpaksa menelan kepahitan apabila tewas mengejut 3-2 kepada Police Tero dalam aksi pra-musim terbaru mereka.

Keputusan ini turut dikongsikan oleh laman media sosial rasmi Police Tero hari ini.

Kemenangan ini menebus kekecewaan yang dialami The Silver Shield Dragon selepas tewas 5-0 kepada lawan sama sebelum ini.

Advertisements

Skuad yang diturunkan jurulatih Argentina, Hector Bidoglio tidak mengandungi ramai pemain utama Harimau Selatan.

Ini kerana tujuh daripadanya termasuk Arif Aiman Hanapi dan Syihan Hazmi Mohamed menyahut panggilan menyertai Harimau Malaya.

Sementara tiga lagi tonggak iaitu Jordi Amat, Matthew Davies dan Junior Eldstal pula terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan.

Advertisements

Kemenangan Police Tero turut mencalarkan rekod baik yang dimiliki JDT ke atas kelab Thailand terutama dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) sejak beberapa musim lepas.

Saingan ACL musim 2023-2024 menyaksikan JDT menewaskan BG Pathum United dalam dua aksi Kumpulan I.

Manakala untuk musim 2021 pula, JDT menewaskan Ratchaburi sebelum diikat kelab Thai League 1 itu dalam aksi timbal balik peringkat kumpulan.

Advertisements

Perlawanan hari ini merupakan sebahagian daripada kem latihan yang diadakan di Johor Bahru, Johor bagi membantu pasukan itu bangkit dalam saingan liga musim 2023-2024.

Pasukan yang dibimbing Tan Cheng Hoe itu bakal berdepan Muangthong United untuk aksi liga seterusnya pada 31 Mac ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram