Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) memiliki peluang berharga untuk merekodkan 100 jaringan di pentas liga musim ini.
Pasukan bimbingan Tano Solari merakamkan kemenangan ke-23 musim ini di hadapan penyokong setia Harimau Selatan yang membanjiri Stadium Sultan Ibrahim.
Dua jaringan hasil ledakan Bergson dan Juan Muniz sudah cukup untuk memastikan tiga mata buat pasukan bagi meneruskan aksi ke Jepun menghadapi Kawasaki Frontale.
Kemenangan itu menyaksikan JDT telah membolehkan pasukan mengumpul 90 jaringan Liga Super 2023 dengan berbaki dua perlawanan.
Pasukan milik DYAM TMJ berpeluang untuk merakamkan angka 100 gol pada musim ini dengan Sri Pahang dan Penang FC menjadi lawan terakhir.
Tugas hebat juga menanti pasukan apabila bakal berdepan jaguh Jepun, Kawasaki Frontale bagi aksi ke-4 kumpulan di Liga Juara-Juara AFC (ACL) dengan hasrat memburu tiga mata penting.
Finalis Piala Malaysia 2023 ini hanya tewas tipis 1-0 kepada anak didik Toru Oniki di laman sendiri tempoh hari.
Satu lagi tugas hebat menanti adalah final Piala Malaysia pada 8 Disember 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.