Advertising
JDT Ucap Selamat Tinggal Kepada Yazid Kamaruzuan
UltraSukan
JDT Futsal

Pasukan futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan perpisahan bersama pemain Ala, Yazid Kamaruzuan.

Yazid sertai JDT pada Disember 2023 lalu bagi memperkuat skuad Harimau Selatan itu dalam usaha memburu kejuaraan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) dan Malaysia Futsal Cup (MFC).

Walau bagaimanapun, persaingan sengit di dalam pasukan menyaksikan Yazid kerap kali memulakan aksi dari bangku simpanan dan hanya menjaringkan satu gol buat JDT musim lalu.

Ad

Terbaharu, menerusi satu kenyataan di laman Facebook, JDT Futsal menzahirkan ucapan terima kasih serta doa maju jaya buat pemain berusia 33 tahun itu selama bersama pasukan.

Ad

”Terima kasih dan selamat maju jaya Yazid Kamaruzuan,” ucap JDT Futsal di laman media sosial.

Musim lalu, Yazid merupakan antara anggota kejayaan buat JDT Futsal dalam merangkul kejuaraan berganda MPFL dan MFC untuk musim 2024 buat kali pertama dalam sejarah.

Ad
Ad

JDT muncul juara MPFL setelah mengakhiri musim di tangga teratas dengan 39 mata manakala merangkul kejuaraan MFC setelah menewaskan pencabar, Selangor 3-1 di pentas akhir.

Ketika ini, pasukan-pasukan sedang rancak mendapatkan para pemain baharu menjelang sepak mula saingan musim 2025 dengan JDT baru selesai merekrut Syed Aizad dari Selangor.