JDT Untuk Semua, Tiket JDT vs Borussia Dortmund Dijual Dengan Harga Tak Masuk Akal
Dunia
JST
Advertisements

Sesuatu yang amat mengejutkan terjadi sejurus jualan tiket perlawanan persahabatan antarabangsa di antara Johor Darul Ta’zim dan Borussia Dortmund dibuka jam 2:00 petang tadi apabila harga tiket yang ditawarkan adalah serendah RM13.60 (termasuk cas tambahan).

Dengan kualiti perlawanan yang bakal dipamerkan kedua-dua pasukan, harga tiket yang ditawarkan ibarat hadiah dari pemilik JDT, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) buat semua penyokong JDT.

Tiket perlawanan mula dibuka jam 2.00 petang tadi dan penyokong dilihat perlu beratur secara ‘virtual’ sebelum dibolehkan membuat tempahan tiket.

Advertisements

Sebelum ini terdapat ura-ura tiket perlawanan JDT bertemu Borussia Dortmund akan dijual dengan harga sekitar RM100 ke atas namun akhirnya kejutan terjadi dan ianya pasti menggembirakan penyokong JDT yang menantikan saat ini.

JDT bakal melayani kunjungan gergasi Jerman, Borussia Dortmund pada 28 November ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dan sepak mula perlawanan dijangka bermula pada jam 7:00 malam.

Tiket perlawanan JDT vs Borussia Dortmund boleh dibeli secara dalam talian di TicketHotline dan pemegang pas bermusim JDT diberikan akses percuma untuk menghadiri perlawanan ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram