JDT Untung Besar Ada Penyerang Sejati Macam Bergson
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bekas pengendali Melaka United FC, Zainal Abidin Hassan mengagumi kelibat penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva di atas padang.

Pengendali berusia 60 tahun itu memuji impak yang diberikan oleh peledak kelahiran Brazil itu tatkala membantu JDT menewaskan Sri Pahang 2-0.

Katanya, Bergson bukan seorang penyerang yang hanya menunggu bola di dalam kotak penalti tetapi seringkali keluar untuk membantu pasukan mendapatkan bola.

Advertisements

“Kita dapat lihat ketika Bergon tak dapat bola seperti yang beliau selalu dapat atau yang beliau inginkan, jadi Bergson keluar untuk mencari bola kerana beliau ada lagi satu senjata kerana rembatannya dari luar kotak sangat berbahaya.”

“Sebab itunkita nampak beliau (Bergson) sangat mobile dan melakukan apa sahaja untuk melepaskan rembatan dan nyaris beberapa kali hampir menjaringkan gol.”

Advertisements

Zainal bagaimanapun merasakan penyerang berusia 32 tahun itu agak sedikit hampa dengan servis hantaran kepadanya disebabkan corak bertahan Tok Gajah.

Safee Sali juga turut memuji keberanian Bergson yang seringkali mengambil risiko untuk melepaskan rembatan dan melakukan usaha yang begitu gigih untuk meledak.

Advertisements

“Seorang penyerang sejati seperti Bergson sentiasa memiliki keinginan untuk mencuba,” jelasnya kepada Astro Arena.

JDT kini gah mendahului carta Liga Super dengan 12 kemenangan berturut-turut dan hanya bolos satu sahaja gol musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram