Johor Darul Ta’zim 3-0 Melaka United – Liga Super 2021

Syafiq Freman
@syafiqfreman
6:49pm 02/04/2021

Pasukan Johor Darul Ta’zim yang kini berada dikedudukan teratas liga menjadi pasukan pertama yang berjaya menewaskan Melaka United setelah berjaya memperoleh tiga mata penuh di Johor Bahru.

Johor Darul Ta’zim mendahului seawal minit ke-4 menerusi jaringan Adam Nor Azlin. JDT menambah luka Melaka United apabila Bergson mempergunakan peluang terhidang dengan baik hasil kesilapan pertahanan Melaka United menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-7.

Danier Amir berjaya mencuri perhatian penyokong JDT setelah mempamerkan aksi 5 bintang ketika menentang Melaka United – Gambar JohorSouthernTigers.com.my

Bersambung babak kedua, pasukan Melaka United cuba untuk bangkit dengan melakukan beberapa asakan berbahaya namun kekentalan barisan pertahanan Johor Darul Ta’zim membantutkan usaha Melaka United.

Kelalaian berisan pertahanan Melaka United sekali lagi menghukum pasukan Asam Pedas ini apabila hantaran cantik Sumareh berjaya disudahkan Bergson da Silva pada minit ke-82.

Ini merupakan kemenangan pertama JDT selepas 3 perlawanan apabila sekadar mencatatkan keputusan seri ketika menentang Selangor dan Perak.

https://www.youtube.com/watch?v=wVLRXMzXtKQ