JDT vs Negeri Sembilan: JDT Gah Tundukkan Negeri Sembilan
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Bisa yang dimiliki pemain perancang Leandro Velasquez membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) FC merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Negeri Sembilan FC hari ini.

Selepas dimalukan 7-0 oleh Harimau Selatan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Mac lepas, anak-anak buah K. Devan tampil dengan azam tidak mahu keputusan tersebut berulang.

Ad

Tidak hairanlah sebaik sepak mula, barisan serangan JDT FC diketuai Diogo Luis Santo berdepan kesukaran menembusi benteng pertahanan Rusa diketuai Herold Goulon. Selain itu, Devan memastikan anak-anak buahnya mengekalkan disiplin pertahanan bila kehilangan bola.

Ad

Bagaimanapun, keadaan itu tidak bertahan lama. Sepakan percuma yang diambil Velasquez mudah ditanduk Feroz Baharudin menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan FC, Sikh Izhan Nazrel pada minit ke-21.

Tersentak, Hoben Jang Hoben cuba memperkemaskan rentak mereka. Tetapi pasukan pelawat terus ketinggalan apabila satu lagi sepakan percuma Velasquez menerjah jaring pada minit ke-44.

Ad

Bersambung pada babak kedua, Harimau Selatan berusaha menambah koleksi gol mereka. Malangnya, pertahanan Rusa terus kental mempertahankan kubu pertahanan mereka.

Ad

Ini mendorong pengendali JDT FC, Tano Solari memasukkan Bergson da Silva, Endrick dos Santos dan Safawi Rasid bagi menambah ketajaman jentera serangan.

Ad

Tetapi barisan pertahanan Negeri Sembilan FC memastikan keputusan 2-0 kekal sehingga wisel penamat. Keputusan ini membantu JDT FC di puncak liga melebarkan jurang mata dengan Selangor FC kepada 14 mata.

Sementara skuad Rusa pula menduduki tempat kesembilan liga. Tetapi Devan boleh menghela nafas lega kerana pasukannya berjaya mengelak diaibkan Harimau Selatan dengan keputusan jaringan yang besar.

Selepas ini, JDT FC akan ke Kota Bharu, Kelantan menentang Kelantan FC pada 14 Julai. Manakala Negeri Sembilan FC pula berdepan KL City FC di Stadium Cheras pada 15 Julai.