Advertisements
Jeonbuk Hyundai Sabar Hadapi Selangor
ACL
MakanBola
AFC

Jurulatih Jeonbuk Hyundai, Kim Do-heon menegaskan bahawa pemainnya akan lebih bersabar dalam menghadapi Selangor FC pada aksi AFC Champions League Two (ACL2) yang dijadulakan pada esok 7 November.

Pengendali berusia 42 tahun itu mahu pemain-pemain kendaliannya dapat belajar daripada perlawanan terdahulu yang menyaksikan mereka tewas 1-2 kepada Selangor di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).

“Mengimbas kembali perlawanan terakhir (bertemu Selangor), kami menghadapi perlawanan yang sukar kerana mereka (pemain Selangor) berada di zon belakang dan tidak memberi kami ruang di belakang.

“Kali ini, kami akan bermain dengan sabar sambil membuat persiapan dan mendapat keputusan yang baik,” jelas Do-heon dalam sidang media yang dikongsikan News1.

Do-heon juga melaungkan semangat buat pemainnnya untuk berjuang habis-habisan sehingga wisel penamat kerana mereka benar-benar mahukan kemenangan ketiga di pentas ACL2 ini.

Jeonbuk Hyundai kini berada di tangga kedua Kumpulan H ACL2 dengan mengumpul 6 mata selepas 3 perlawanan. Satu mata sahaja dibezakan dengan pendahulu iaitu Selangor yang mengutip 7 mata selepas 3 perlawanan.