Jepun Tewas Sekaligus Tersingkir Dari Saingan AFC Championship B-23
MakanBola
Sponsors

Skuad Jepun tersingkir dari saingan AFC Championship 2020 B-23 selepas dimalukan oleh Syria dengan kekalahan 1-2 di Stadium Thammasat, Thailand. Kekalahan skuad Samurai Biru buat kali kedua ini juga sekaligus telah membuatkan mereka tersingkir awal dari saingan ini.

Jepun merupakan juara pada saingan edisi 2016 dan mereka menjadi salah satu pasukan yang dianggap sebagai pencabar utama bagi merebut trofi kejuaraan pada edisi kali ini.

Ad

Namun, segalanya tidak menjadi pada pertemuan menentang Syria dimana The Blue Samurai ketinggalan seawal minit ke-9 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Abdul Al-Rahman Barakat.

Ketinggalan pada minit-minit awal permainan membuatkan skuad kendalian Hajime Moriyasu itu menggandakan asakan dan mereka memperoleh gol penyamaan menerusi jaringan Yuki Soma pada minit ke-30. Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 1-1.

Ad
jepun Jepun Tewas Sekaligus Tersingkir Dari Saingan AFC Championship B-23
Kekalahan Jepun B-23 antara yang terburuk setakat ini

Memasuki separuh masa kedua, Jepun dan Syria saling melancarkan serangan namun nasib lebih berpihak kepada skuad kendalian Ayman Hakeem itu dimana mereka memperoleh gol kemenangan pada minit ke-88 menerusi Ahmad Dali.

Ad

Kekalahan di tangan Syria bermakna Jepun tersingkir daripada saingan dengan catatan dua kekalahan daripada dua perlawanan dalam kumpulan B.

Ad

Pada perlawanan pertama, mereka tewas kepada pasukan Arab Saudi juga dengan keputusan 2-1.