Jersi Garang KL City Terima Pujian Meluas Peminat
Liga Super
KL City FC
Advertisements

Corak garang dan kemas yang ditampilkan pada jersi KL City musim hadapan mendapat reaksi positif daripada para peminat bola sepak tempatan.

Pada Jumaat, KL City telah melancarkan jersi tuan rumah, tempat lawan dan penjaga gol mereka yang baharu bagi musim 2024/2025 ini yang dihasilkan oleh jenama musim lalu, hndrd.

Jersi kebanggaan The City Boys itu dilancarkan menerusi satu video pengenalan yang dimuatnaik di semua akaun media sosial rasmi KL City FC.

Advertisements

Di dalam video tersebut, beberapa pemain utama pasukan seperti kapten, Paulo Josue, Brendan Gan, Azri Ghani dan Hafizul Hakim tampil penuh bergaya memperagakan jersi yang diinspirasikan dari zaman kegemilangan bola sepak Kuala Lumpur.

Jersi tuan rumah kali ini berkolar dan menggunakan warna merah-putih yang cukup sinonim dengan KL City ditambah pula dengan corak belang seakan halilintar berwarna merah di bahagian depan jersi.

Jersi tempat lawan pula hadir berwarna biru tua yang dipakai oleh Brendan Gan cukup kemas dengan corak ringkas dan kuning keemasan yang menghiasi hujung lengan dan kolar.

Advertisements

Manakala jersi penjaga gol pasukan bakal diberi dua pilihan warna iaitu hijau dan hitam yang disarung oleh Azri Ghani dan Hafizul Hakim dengan corak grafik seperti jersi tuan rumah yang nampak lebih cerah.

Selain corak yang nampak lebih segar dan kemas, bendera Wilayah Persekutuan yang diletakkan di belakang panel kolar juga menjadi satu nilai tambah istimewa kepada jersi ini khas untuk para peminat.

Rata-rata peminat bola sepak berasa kagum dan teruja di ruangan komen apabila melihat jersi yang bakal digunakan oleh pasukan kesayangan mereka itu.

Advertisements

Tidak ketinggalan, ada juga sesetengah penyokong The City Boys yang berasa tidak sabar untuk membuat pembelian bagi menjadi yang terawal memperoleh jersi tersebut.

Jersi KL City baharu ini boleh didapati secara eksklusif secara pra-tempah dan tempahan hanya akan mula dibuka pada 20 April di Stadium Bola Sepak Cheras jam sembilan pagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram