Ads
Jersi ‘Halilintar Tempoyok’ Sri Pahang Terima Pujian Peminat
Liga Super
Sri Pahang FC

Jersi terbaharu Sri Pahang yang kaya dengan identiti tersendiri kini menjadi buah mulut para peminat bola sepak tempatan.

Advertisements

Pada Jumaat, Sri Pahang telah melancarkan tiga jersi yang terdiri daripada jersi Home, Away dan Third yang bakal digunakan oleh skuad Tok Gajah menjelang musim 2024/2025.

Advertisements

Pada musim kali ini, Sri Pahang memilih jenama tempatan, Voltra sebagai pengeluar jersi bagi pasukan utama dan juga pasukan bawah umur mereka yang dilengkapi oleh jersi dan kelengkapan kit

Advertisements
Advertisements

Jersi Home yang dikenali sebagai ‘Halilintar Tempoyak’ tampil dengan warna simbolik Sri Pahang iaitu kuning dan biru beserta grafik seakan halilintar di bahagian lengan yang sinonim dengan Voltra.

Nama tempoyak diberi berdasarkan warna kuning biru yang diinspirasikan daripada makanan warisan negeri Pahang tersebut yang menggambarkan semangat kebersamaan antara komuniti dan pasukan.

Advertisements

Jersi away pasukan pula mengangkat tema kopi ‘latte’ dengan warna coklat muda dipilih sebagai warna utama. Ia turut meraikan kopitiam tradisional dan pusat kopi hipster seiring perkembangan industri ini di seluruh Pahang.

Grafik bercorak kulit gajah berwarna hitam dan putih menjadi pilihan untuk jersi third yang melambangkan kemegahan dan kekuatan pasukan. Konsep ini diketengahkan supaya memberi rasa gerun buat musuh apabila bertandang ke laman lawan.

Reaksi para peminat di laman sosial terhadap ketiga-tiga jersi amat positif dan rata-rata meninggalkan komen berpuas hati dengan hasil kerja Voltra yang menghasilkan kit yang kaya dengan identiti pasukan negeri mereka.

Advertisements

Ketiga-tiga jersi Sri Pahang boleh didapati dengan harga RM 99 dan makluman lanjut mengenai penjualan jersi bakal diumumkan oleh pihak Voltra.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram